Geng Orang Kampung

Monday, 9 April 2012

Catatan 2 : Sorang-sorang dalam Library

Tempat : Perpustakaan Poli
Masa    : 12:24 pm
Mood   : Tak ada perasaan tapi lapar sambil belajar

Ya Allah , lupalah niat puasa , rancang nak puasa hari ni .Kenapa ? Kenapa aku boleh  lupa nak niat ?
Semalam sambut birthday kawan di asrama , pandai dia noh , boleh dia pergi bilik kawan sampai pukul 2 pagi takut kena smash ?!!!

Hahaha ..bijak ! bijak !

Akhirnya , aku yang perakam aksi ni terlena  atas katil , menunggu tak sudah ...
Tapi , tak apa , hari ini hang akan merasakan detik-detik cemas .
HAHAHA !!! <-- gelak cover dalam library ...

Hari ini kelas eko n tiktiks , seperti biasa aku akn buat latihan sendirian berhad dalam kelas , ntah apa pensyarah ngajor di depan , teman tak faham .


Berada di library sangat best , boleh online  , duduk sorang-sorang dan nak belajar pun tenang , kan ?
Dalam kepala , seperti biasa , EXAM! EXAM! ASSIGNMENT! ASSIGNMENT!

Inilah kehidupan menjadi seorang pelajar . Inilah pekerjaan aku sekarang .

Bila duduk sorang-sorang dalam library berkedudukan jauh dari orang , nun jauh di sudut sana berhampiran dengan tingkap .
Tiba-tiba , aku teringat pasal sesuatu ini yang selalu memeningkan kepala .
Ya , semalam aku pening sebab aku terpaksa menerima seseorang yang aku tak suka dalam famili aku  , mama aku mengambil  anak angkat dari poli tempat aku belajar ni .

Dulunya , aku berkawan baik tetapi bila dapat tahu dia suka aku dan mula berperangai pelik , aku mula rasa pelik plus tak suka plus annoying .

Depan aku , ada saja perangai pelik dia muncul nak menunjukkan dia suka aku .
Aku sudah menganggap kamu sebagi adik lah !

Kembali kepada mood tenang .

Oh ya , di sini juga  mahu aku kongsikan sesuatu dalam buku catatan ni .
Hurm , sesuatu yang aku cuba jauhi semasa aku sedang belajar , seperti sekarang ... iaitu jatuh cinta
Sudah cukuplah hati aku sakit tak seberapa mana pun ini  , sakit sikit jak ...
Ya , ada seseorang yang menyukai aku tetapi aku pulak ?
ehem..ehem...
 tidak boleh menerima dia kerana aku rasa tidak layak untuk dia . Dia begitu baik bagiku dan aku begitu jahat baginya .

Dalam kepala aku hanya belajar , belajar ...  itu adalah azamku yang baru .
Dan inilah kali pertama aku mengikuti azam ni !
( Nampak sangat aku ni tak pernah sungguh-sungguh =_='' )

Dulu , di sekolah , aku tak diminati pun , sorang pun tak dak taw !
Sekarang , mereka hadir untuk ku ..
Malangnya , hati aku yang kecil ni tak dapat menerima mereka pun .
Entah , kenapa , mungkin kerana Allah tidak memberi petunjuk kepada aku  .
Biarlah , cinta itu akan hadir dalam diri ini tanpa kita sedar .
Tumpu apa yang ada di hadapan bukan ?

Nasihat aku kat hampa semua yang blogger baik-baik noh , tumpu apa yang dihadapan anda , sebab cinta itu takkan lari mana pun , dia akan mai sendiri kat ampa .Jangan duk risau ,Allah Maha Penyayang dan Pemurah ...

Sorry lah , aku ni belum ada apa-apa istimewa nak dicerita , belum masanya lagi ...
Perut dah lapar , zuhur dah dekat ... Haaa , jangan lupa solat !
Nanti tak ada orang mau kawen dengan hampa ! Ingat ! Lawak ja ! hehehe...

See you again !




2 comments:

atiE Fuzi said...

saya tahu siapa dia...tetttt

Budak Kampung M said...

hahaha...pandai noh !