Masa : 12:36 pm
Mood : Happieeeee...
Baru - baru ini , kecoh dunia bergegar terutama di Acheh , Malaysia , India , Singapura dan banyak lagi yang turut merasai gegeran yang agak kuat juga . Kali pertama merasa gegaran di bumi Kedah , waahhh .... ngeri campur seronok campur pening .
Yelah , apa taknya ... Mula-mula rasa gegar , i mean kerusi yang aku duduk tu bergoyang , dah time tu aku tengah study dalam bilik belajar di asrama , ku ingat di ganggu syaitan !
Ngupenya , gempa bumi . Usahalah aku terjun dari kerusi dan membaca ayat Qursi , sudah ku lihat dah tak bergoyang , aku kembali duduk , perghh , macam nak buat karangan UPSR .
Dah habis cerita pasal gegaq sana sini , kelmarin aku dan kengkawan berbual pasal zaman sekolah duluk-duluk .. haih , malu juga time tu ! Tapi bila diingatkan kembali , memang kelakar lah . Awatlah dulu aku dungu dan lurus bendul sangat . Haih ... =,='' ~~~
Gambar makan angin kejap di depan padang poli . . .
Begini ceritanya , aku ni kecik ja orangnya , bila masuk sana aku memang tak ada kawan sampai darjah enam , semuanya tak boleh dipercayai , memang hampeh lah kawan sekolah rendah dulu , semua rahsia aku beritahu kat depa , depa bagitaw kat orang lain , heboh satu kelas . Tak ke malu empunya badan ..
Aku tak kutuk orang , tapi aku menyukai seseorang ni . Ya , dia dikenali dan diminati ramai . Budak darjah satu pun berkenan kat dia weyy ... Kisah ini masa aku darjah enam tahun 2006 .
Satu hari itu , aku terbawa diari ke sekolah , tetapi tidak sangka orang yang aku sangka sahabat dunia akhirat itu menghebahkan isinya , orang yang aku suka tu pun turut membaca diari itu . Owh , sedihnya .
Aku tidak tahu mengenai hebahan isi diari aku , aku menegur F (orang yang aku minati dalam diam ) , dia seperti mahu tak mahu sahaja melayan aku . Hairan dibuatnya , sahabatnya H kesian melihat aku dijauhi semua orang , lalu dia menceritakan semuanya .Tapi selepas itu F cuba untuk mendekati aku , malangnya geng-geng pembuli itu selalu cuba menghalang , misalnya , tanya soalan dan mengajak ke kantin . Aku keseorangan di meja sendiri , buku di hadapan , betapa sedihnya .
'' Kenapa semua orang buat aku macam ni ? '' bisik hatiku . Lagi dihalang , lagi rapat kami berdua . Bila aku dengan dia berbual , dia pasti tertawa dan senyuman manis . Ya , aku masih ingat , aku mengagak apa yang dia fikir dan rasa bila dia tahu aku menyukainya .
Dulu , aku suka tengok dia dari jauh , aku suka tengok cara dia mengelap tingkap , ya , dia akan membantu aku sebab dia tinggi , bibir dia tidak pernah lekang dari senyuman . Entah kenapa , aku perasan bila dia bersama aku , dia pasti akan tertawa sekuat-hati . Tapi bila dengan geng buli tu dia kelihatan seperti senyum paksa . Entah .
Aku ingat lagi aktiviti terakhir selepas UPSR dan keesokkannya cuti sekolah bermula , aktiviti gotong-royong di masjid . Ya , seperti biasa aku akan buat kerja sorang-sorang malah time makan pun aku keseorangan . Tapi , aku tidak sangka F berada satu meja dengan aku . Dia tidak makan udang , alau diberinya kepada aku . Aku tersipu malu . Dan , dia bangun teruskan kerjanya . Ya , ia indah .
Macam-macam geng buli itu cuba menjauhi kami berdua , tapi dia tetap mahu berkawan dengan aku . Syukur sangat .
Bila masuk Tingkatan Satu , aku sedih , dengar kata dia masuk sekolah lain , tapi keajaiban berlaku , F menaiki bas yang sama dengan aku . Aku terkedu , lalu dia melemparkan senyuman kepada aku . Rambutnya sudah style lol ! Aku tersenyum sambil tertunduk . Dalam hati , mahu saja aku jerit dalam bas tu . Hari-hari aku akan duduk di kerusi hadapan , dan dia akan tersenyum . ^_^
Sudah begitu lama , 2 bulan yang lepas , kami ada reunion bersama kawan-kawan sekolah menengah . F datang , dia menceritkan sesuatu yang membuat aku tertunduk malu .
'' N , hang taw dak , kenapa aku selalu gelak tengok hang ? '' soal dia .
Aku menggeleng dan menjawab ,'' Haa , tulah aku heran . Kadang-kadang aku tak buat lawak pun , hang gelak tiba-tiba .'' F menahan ketawa .
'' Dulu aku suka kwan dengan hang sebab hang lawak , pakai tudung pun senget ,'' katanya lalu terburai juga ketawanya . Wajah aku rasa seram sejuk taw time tu , ramai kut time tu .. huhuhu....
Ya, tidak sangka dia ingat akan aku selama ini . Haih , patutlah ada satu hari dia pernah menarik tudung sekolah aku . Aku tidak perasan kut . Haih , bila diingatkan kembali , awatlah aku selekeh sangat time tu . Malu aku . Tapi , perasaan aku terhadap dia sudah tiada . KAMI ADALAH KAWAN !
Akhir sahaja , karangan aku . Hurm , seronokkan bila diingatkan kembali zaman kecik-kecik dulu . Walaupun sedih , sebab agak lama juga aku berkwan seorang diri , tiada teman sejati . Tapi , tak kisahlah , dulu-dulu aku susah nak dapat sahabat sejati , sekarang ramai sahabat sejati . Lagi caring sampai digelar adik aku ni ...
Dahlah , study akaun time !

(1)(1).jpg)

