Geng Orang Kampung

Sunday, 15 April 2012

Catatan 4 : Masa Dulu-Dulu

Tempat : Library Poli
Masa    : 12:36 pm
Mood   : Happieeeee...

Baru - baru ini , kecoh dunia bergegar terutama di Acheh , Malaysia , India , Singapura dan banyak lagi yang turut merasai gegeran yang agak kuat juga  . Kali pertama merasa gegaran di bumi Kedah , waahhh .... ngeri campur seronok campur pening .

Yelah , apa taknya ... Mula-mula rasa gegar , i mean kerusi yang aku duduk tu bergoyang , dah time tu aku tengah study dalam bilik belajar di asrama , ku ingat di ganggu syaitan !
Ngupenya , gempa bumi . Usahalah aku terjun dari kerusi dan membaca ayat Qursi , sudah ku lihat dah tak bergoyang , aku kembali duduk , perghh , macam nak buat karangan UPSR .

Dah habis cerita pasal gegaq sana sini , kelmarin aku dan kengkawan berbual pasal zaman sekolah duluk-duluk .. haih , malu juga time tu ! Tapi bila diingatkan kembali , memang kelakar lah . Awatlah dulu aku dungu dan lurus bendul sangat . Haih ... =,='' ~~~


Gambar makan angin kejap di depan padang poli . . .

Zaman persekolahan di sekolah rendah banyak memberi kenangan manis dan juga masam dan pahit bagi aku . . . Aku dulu mangsa buli , sejak aku pindah sekolah berdekatan dengan rumah aku .  Darjah 2 hingga 6 , aku jadi mangsa buli weyy .... parah-parah ! Tapi , disebalik kena buli ada indahnya ...

Begini ceritanya , aku ni kecik ja orangnya , bila masuk sana aku memang tak ada kawan sampai darjah enam , semuanya tak boleh dipercayai , memang hampeh lah kawan sekolah rendah dulu , semua rahsia aku beritahu kat depa , depa bagitaw kat orang lain , heboh satu kelas . Tak ke malu empunya badan ..

Aku tak kutuk orang , tapi aku menyukai seseorang ni . Ya , dia dikenali dan diminati ramai . Budak darjah satu pun berkenan kat dia weyy ... Kisah ini masa aku darjah enam tahun 2006 .

Satu hari itu , aku terbawa diari ke sekolah , tetapi tidak sangka orang yang aku sangka sahabat dunia akhirat itu menghebahkan isinya , orang yang aku suka tu pun turut membaca diari itu . Owh , sedihnya .

Aku tidak tahu mengenai hebahan isi diari aku , aku menegur F (orang yang aku minati dalam diam ) , dia seperti mahu tak mahu sahaja melayan aku . Hairan dibuatnya , sahabatnya H kesian melihat aku dijauhi semua orang , lalu dia menceritakan semuanya .Tapi selepas itu F cuba untuk mendekati aku , malangnya geng-geng pembuli itu selalu cuba menghalang , misalnya , tanya soalan dan mengajak ke kantin . Aku keseorangan di meja sendiri , buku di hadapan , betapa sedihnya .

'' Kenapa semua orang buat aku macam ni ? '' bisik hatiku . Lagi dihalang , lagi rapat kami berdua . Bila aku dengan dia berbual , dia pasti tertawa dan senyuman manis . Ya , aku masih ingat , aku mengagak apa yang dia fikir dan rasa bila dia tahu aku menyukainya .

Dulu , aku suka tengok dia dari jauh , aku suka tengok cara dia mengelap tingkap , ya , dia akan membantu aku sebab dia tinggi , bibir dia tidak pernah lekang dari senyuman . Entah kenapa , aku perasan bila dia bersama aku , dia pasti akan tertawa sekuat-hati . Tapi bila dengan geng buli tu dia kelihatan seperti senyum paksa . Entah .

Aku ingat lagi aktiviti terakhir selepas UPSR dan keesokkannya cuti sekolah bermula , aktiviti gotong-royong di masjid . Ya , seperti biasa aku akan buat kerja sorang-sorang malah time makan pun aku keseorangan . Tapi , aku tidak sangka F berada satu meja dengan aku . Dia tidak makan udang , alau diberinya kepada aku . Aku tersipu malu . Dan , dia bangun teruskan kerjanya . Ya , ia indah .

Macam-macam geng buli itu cuba menjauhi kami berdua , tapi dia tetap mahu berkawan dengan aku . Syukur sangat .

Bila masuk Tingkatan Satu , aku sedih , dengar kata dia masuk sekolah lain , tapi keajaiban berlaku , F menaiki bas yang sama dengan aku . Aku terkedu  , lalu dia melemparkan senyuman kepada aku . Rambutnya sudah style lol ! Aku tersenyum sambil tertunduk . Dalam hati , mahu saja aku jerit dalam bas tu . Hari-hari aku akan duduk di kerusi hadapan , dan dia akan tersenyum . ^_^

Sudah begitu lama , 2 bulan yang lepas , kami ada reunion bersama kawan-kawan sekolah menengah . F datang , dia menceritkan sesuatu yang membuat aku tertunduk malu .

'' N , hang taw dak , kenapa aku selalu gelak tengok hang ? '' soal dia .
Aku menggeleng dan menjawab ,'' Haa , tulah aku heran . Kadang-kadang aku tak buat lawak pun , hang gelak tiba-tiba .'' F menahan ketawa .

'' Dulu aku suka kwan dengan hang sebab hang lawak , pakai tudung pun senget ,'' katanya lalu terburai juga ketawanya . Wajah aku rasa seram sejuk taw time tu , ramai kut time tu .. huhuhu....

Ya, tidak sangka dia ingat akan aku selama ini . Haih , patutlah ada satu hari dia pernah menarik tudung sekolah aku . Aku tidak perasan kut . Haih , bila diingatkan kembali , awatlah aku selekeh sangat time tu . Malu aku . Tapi , perasaan aku terhadap dia sudah tiada . KAMI ADALAH KAWAN !

Akhir sahaja , karangan aku . Hurm , seronokkan bila diingatkan kembali zaman kecik-kecik dulu . Walaupun sedih , sebab agak lama juga aku berkwan seorang diri , tiada teman sejati . Tapi , tak kisahlah , dulu-dulu aku susah nak dapat sahabat sejati , sekarang ramai sahabat sejati . Lagi caring sampai digelar adik aku  ni ...

Dahlah , study akaun time !

Tuesday, 10 April 2012

Catatan 3 : Hari Malu-Malu

Tempat : Dalam hostel
Masa    : 5:04 pm
Mood   : Mod bercampur baur



Penat weyh , berjalan dari utara ke selatan . Untunglah , kelas kami sudah habis awal , jadi selepas kelas AKPK , aku dan kengkawan bercadang mahu online di kafe .
Begitu penat sekali , berjalan ke kafe dan apabila sudah meng-online , line pula membuatku sangat  mengujakan ....

Tension ! Stress ! Penat !

Jadi , aku yang tidak tahan kepanasan di kafe dan ke-slow-an  di kafe , aku bercadang online di kantin .
Kantin yang berada di antara Jabatan Perdagangan dan Jabatan Kejuruteraan . Penat !

Bayangkan , masa tu ada lagi kuliah , ada ke patut dengan muka tak malu aku dan kengkawan dengan pakai selipar buruk menuju ke arah kantin yang dipenuhi manusia .Segan kut ..

Tak sampai tengah jalan , aku dengan penuh muka nipis yang dipenuhi malu berubah fikiran , tak jadi pulak pergi online di kantin . Malu sekali , melintas di pejalan kaki , menuju ke surau ....

huhuhuhu...... Akhir sekali , online juga di bilik .

Pagi tadi , kelas English dan Ekonomi ....
Kelas English hari ni ada public speaking , fuhhh .... aku siap  menyanyi lagi  If  I  Were  A  Boy   dalam public speaking ku .... hahaha
Lagaknya aku bagai lelaki macho , italian leather shoes , tuxedo ... perghh ... tak dapat bayang !
Madam Haliza , thanks yan ajar kami semua .

Lari toooonnneeee kut , malu aku !!!
tak apa , aku bagi kwan ketawa maknya ada respon dari audience , mana taw aku dapat markah tinggi kan ? hehe...

Teringat pulak , kawan aku sorang ni , dia dapat tajuk '' What makes you laughing '' , kelakar seyh , belum lagi start dia punya speech , aku dan kawan yang lain-lain dah gelak-gelak , tak tahan tengok perangai dia .
Tengah-tengah cakap , terkantoi , terlepas cakap bahasa melayu, lagilah kecoh satu kelas ..
aku ni haaa , tak dapat nak hentikan ketawa , kawan aku nilah , memang buat aku 'sedih' , engkau telah mengalirkan air mata ''kesedihan'' hari ini ...

Lagaknya aku bagai lelaki macho , italian leather shoes , tuxedo ... perghh ... tak dapat bayang !
Madam Haliza , thanks yan ajar kami semua .

Kelas ekonomi pulak , terus-terus buat Kuiz 3 ... rasa nak menyanyi saja dalam kelas , untung iman aku boleh tahan kuatnya . Selepas itu , buat tutorial , pastu buat kerja dengan mulut bising-bising ...
Budak akaun ni tak pernah balance , selalu unbalanced ...
ce tanya budak akaun duluk-duluk , unbalanced  dak ?

Dahlah , cukuplah catatan buat hari ini ...
Ampa layan dak lagu Penghujung Cintaku ... best kuttt

Aku akan menikahi mu
aku akan mengayangimu
akan ku setia kepadamu

Jaaa Deeee....




Monday, 9 April 2012

Catatan 2 : Sorang-sorang dalam Library

Tempat : Perpustakaan Poli
Masa    : 12:24 pm
Mood   : Tak ada perasaan tapi lapar sambil belajar

Ya Allah , lupalah niat puasa , rancang nak puasa hari ni .Kenapa ? Kenapa aku boleh  lupa nak niat ?
Semalam sambut birthday kawan di asrama , pandai dia noh , boleh dia pergi bilik kawan sampai pukul 2 pagi takut kena smash ?!!!

Hahaha ..bijak ! bijak !

Akhirnya , aku yang perakam aksi ni terlena  atas katil , menunggu tak sudah ...
Tapi , tak apa , hari ini hang akan merasakan detik-detik cemas .
HAHAHA !!! <-- gelak cover dalam library ...

Hari ini kelas eko n tiktiks , seperti biasa aku akn buat latihan sendirian berhad dalam kelas , ntah apa pensyarah ngajor di depan , teman tak faham .


Berada di library sangat best , boleh online  , duduk sorang-sorang dan nak belajar pun tenang , kan ?
Dalam kepala , seperti biasa , EXAM! EXAM! ASSIGNMENT! ASSIGNMENT!

Inilah kehidupan menjadi seorang pelajar . Inilah pekerjaan aku sekarang .

Bila duduk sorang-sorang dalam library berkedudukan jauh dari orang , nun jauh di sudut sana berhampiran dengan tingkap .
Tiba-tiba , aku teringat pasal sesuatu ini yang selalu memeningkan kepala .
Ya , semalam aku pening sebab aku terpaksa menerima seseorang yang aku tak suka dalam famili aku  , mama aku mengambil  anak angkat dari poli tempat aku belajar ni .

Dulunya , aku berkawan baik tetapi bila dapat tahu dia suka aku dan mula berperangai pelik , aku mula rasa pelik plus tak suka plus annoying .

Depan aku , ada saja perangai pelik dia muncul nak menunjukkan dia suka aku .
Aku sudah menganggap kamu sebagi adik lah !

Kembali kepada mood tenang .

Oh ya , di sini juga  mahu aku kongsikan sesuatu dalam buku catatan ni .
Hurm , sesuatu yang aku cuba jauhi semasa aku sedang belajar , seperti sekarang ... iaitu jatuh cinta
Sudah cukuplah hati aku sakit tak seberapa mana pun ini  , sakit sikit jak ...
Ya , ada seseorang yang menyukai aku tetapi aku pulak ?
ehem..ehem...
 tidak boleh menerima dia kerana aku rasa tidak layak untuk dia . Dia begitu baik bagiku dan aku begitu jahat baginya .

Dalam kepala aku hanya belajar , belajar ...  itu adalah azamku yang baru .
Dan inilah kali pertama aku mengikuti azam ni !
( Nampak sangat aku ni tak pernah sungguh-sungguh =_='' )

Dulu , di sekolah , aku tak diminati pun , sorang pun tak dak taw !
Sekarang , mereka hadir untuk ku ..
Malangnya , hati aku yang kecil ni tak dapat menerima mereka pun .
Entah , kenapa , mungkin kerana Allah tidak memberi petunjuk kepada aku  .
Biarlah , cinta itu akan hadir dalam diri ini tanpa kita sedar .
Tumpu apa yang ada di hadapan bukan ?

Nasihat aku kat hampa semua yang blogger baik-baik noh , tumpu apa yang dihadapan anda , sebab cinta itu takkan lari mana pun , dia akan mai sendiri kat ampa .Jangan duk risau ,Allah Maha Penyayang dan Pemurah ...

Sorry lah , aku ni belum ada apa-apa istimewa nak dicerita , belum masanya lagi ...
Perut dah lapar , zuhur dah dekat ... Haaa , jangan lupa solat !
Nanti tak ada orang mau kawen dengan hampa ! Ingat ! Lawak ja ! hehehe...

See you again !




Sunday, 8 April 2012

Catatan 1 : Hariku Bermula

Tempat : Perpustakaan Poli
Masa    : 10:43 am
Mood   : Serabut + Tenang

Hari ini , aku buat blog . Aku tengok banyak blogger buat entri pasal fakta . Otakku tidak sesuai untuk fakta , hanya kira-kira , hampir 80 peratus kepala aku untuk kira-kira , 20 peratus lagi teori-teori .

Belajar di poli ?

Genaplah , 3 bulan aku berada di poli Kulim ni , hurm ... final exam dah dekat . Lagi 2 minggu , boleh pulak aku berblogging ni ... hohoho ...




Cakap pasal belajar di poli , banyak kut peristiwa yang best berlaku kat sini , aku sendiri tak tahu nak cerita macam mana ,  dari aku masuk bilik asrama yang kosong menjadi bilik yang bersepah dengan gelang getah di lantai . Bilik aku tu dah tak macam bilik asrama , dah macam restoran , dobi , dapur , kedai runcit , bilik kaunseling  ...Tak tahu macam mana nak desribe aku punya bilik tu . Aku dengan roomate pun dah pening .

Banyak sangat orang keluar masuk , dah macam shopping kompleks boleh buat macam-macam . Macam-macam perkhidmatan disediakan . Waduh , dah bebel pasal bilik di asrama , sabaq satttt ...

Yang kelakarnya , di mana saja aku pergi ... Aku digelar adik , bukan disebabkan aku paling muda di kalangan kawan-kawan aku , tapi disebabkan aku punya saiz adalah XS or XSS ..hehehe...

Oh ya , maafkan daku kalau blog ni tak best sebab orangnya pun tak best tapi akan cuba jadi ter-Best di dalam kalangan ter-Best-Best ...

Dahlah , aku nak pergi follow blog orang , sape nak ikut jum !!!!
Hohoho...
Merry-merry good morning !